Persatuan Pemandu Pelancong Mutiara menyediakan perkhidmatan Pemandu Pelancong yang sememangnya amat terlatih dan professional serta telah didedahkan dengan produk dan perkhidmatan pelancongan, etika pemandu pelancong, teknik dan kaedah menguruskan pelancong, aspek keselamatan dan kesihatan pelancong dan lain-lain yang berkaitan dengan perkhidmatan pelancongan.
Persatuan Pemandu Pelancong Mutiara juga menyediakan perkhidmatan pakej pelancongan yang menarik sama ada anda melancong secara solo dan berkumpulan (syarikat, keluarga atau rakan). Persatuan Pemandu Pelancong Mutiara mempunyai pengalaman dalam menguruskan pakej pelancongan kepada pelanggan yang terdiri daripada agensi korporat dan kerajaan.
Persatuan Pemandu Pelancong Mutiara juga ada menyediakan pelbagai lagi perkhidmatan berkaitan pelancongan seperti sewaan perkhidmatan kenderaan kereta, van, mpv dan bas, tempahan tiket kapal terbang dan kapal laut, tempahan hotel, pakej pelancongan Dalam Negeri, Luar Negeri serta Umrah dan Ziarah.